Tuesday, February 17, 2009

Dulu V Sekarang

Masa beredar begitu pantas atau aku kah yang tak menguruskan masa dengan betul? 2009 rasanya macam semalam diwar-warkan tahun baru, tup-tup dah sebulan berlalu. Begitu cepatnya tahun ke tahun berlalu. Tapi bila dikenang semula rupanya banyak perkara dah berlaku. Dalam sedar tak sedar usia pun bertambah tapi perasaan macam sama aje. Terlalu banyaknya beza dulu dan sekarang. Pun begitu bersyukurnya aku pada Yang Maha Esa atas nikmat yang dikurniakan. Aku terkenang masa zaman aku kecil-kecil dulu, kalau dibandingkan kehidupan aku dulu , tapi tak rasa keperitan masa itu kerana sekeliling teman, jiran dan yang lain dengannya juga hidup dalam situasi yang sama. Pergi sekolah dengan berjalan kaki melalui becak dan lumpur, sama kekawan dalam hujan mahupun panas. Dalam perjalanan sempat singgah bermain sebelum sampai rumah. Masa tu sehari rasanya macam panjang untuk sampai waktu malam, walhal jam 8@9 malam dah mula tidur kerana gelap tambahan dulu tiada bekalan lektrik, TV atau barang-barang mewah untuk keluarga macam aku ni. Kereta pun boleh dibilang diatas jalan. Untuk pergi kemana-mana perlulah berjalan, berbasikal ataupun tunggu bas yang boleh dikira berapa kerapnya muncul. Sekarang ni dengan pembangunan dan keselesaan yang ada didepan mata, masa pulak tak cukup. Masing-masing kata tak cukup tidurlah, penatlah kena berjalan jauh, tak sempat buatlah dan macam-macam lagi alasan tersendiri. Untuk itu aku selalu mengingatkan diri , supaya kenanglah selalu apa yang telah dibuat semalam, kelmarin atau dulu-dulu supaya aku tak lupa masa dan memikirkan apa yang telah dibuat semalam agar hari ini tak membuang masa lagi macam semalam. Sememangnya Allah telah berfirman bahawa "demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal salleh" Allah telah mendisplinkan manusia untuk mematuhi jadual yang ditetapkan dari waktu fajar(subuh) hinggalah matahari terbenam (Isyak) tetapi manusia ingkar dan membuat jadual waktu sendiri. Adakah aku termasuk orang-orang yang rugi?

No comments:

Post a Comment