Pelbagai faktor menjadi punca pendidikan anak terabai, malah lebih malang apabila ia turut menjurumuskan anak ke kancah kehidupan tidak menyihatkan. Renungi perkara berikut yang mungkin mampu dijadikan bimbingan dalam mendidik anak:
- Kesibukan ibu bapa terutama dalam bidang kerjaya-kerjaya masing-masing atau sengaja menyibukkan diri dengan urusan seharian sehingga mengenepikan usaha mendidik anak.
- Kaedah dan cara didikan yang tidak betul, samaada dilakukan secara sedar atau tidak yang boleh menjejaskan perkembangan fikiran anak.
- Pendedahan terhadap aktiviti yang boleh menyebabkan anak menjadi asyik dengan dunia palsu dan menghancurkan.
- Silap memilih kawan yang akhirnya mendorong anak terjerumus ke lembah keruntuhan budi.
- Perantara seperti internet, CD, VCD, telefon bimbit, majalah, TV dan seumpamanya yang mempunyai pengaruh cukup kuat mendorong anak berkelakuan atau berfikiran tidak sewajarnya .
- Pergaduhan berpanjangan antara suami-isteri, secara tidak langsung menyediakan landskap hodoh kepada persekitaran pendidikan anak
- Perceraian suami-isteri boleh menjadikan si anak terkontang-kanting dan keliru sehingga mereka mencari jalan penyelesaian sendiri.
- Kemiskinan dan pengangguran ibu bapa serta kesempitan hidup yang terlampau boleh mendorong anak terjebak dengan tarikan dunia yang serba materialistik.
- Anak-anak yatim yang dahagakan perlindungan dan kasih sayang.



No comments:
Post a Comment