Lidah anugerah Allah SWT kepada setiap manusia. Memang betul lidah itu tidak bertulang dan sentiasa meluncur laju ujaran yang dikeluarkannya. Ingatlah akan pesan Nabi Muhammad saw yang bermaksud " dan janganlah kamu berbicara dengan satu perbicaraan yang akan menyebabkan kamu terpaksa meminta maaf besok" Pertimbangkan baik-baik sebelum anda berbicara atau bertindak kerana ucapan dan tindakan kita tidak boleh kita tarik kembali. Lidah yang tutur katanya baik dan menyenangkan itu lambang kemoralan hati dan jiwa pemiliknya. Lidah walaupun komponen paling kecil berbanding anggota badan lain tetapi fungsinya sangat besar. Baik atau buruk peribadi seseorang boleh tergambar melalui apa diluahkan melalui lidahnya. Jika tutur katanya penuh sopan dan lembut bicara, orang lain akan menganggapnya sebagai seorng yang berperibadi luhur dan berwibawa tinggi. Pengaruhnya cepat menular dan sentiasa disenangi sesiapa saja. Manusia yang baik dan budiman tutur katanya mempunyai ramai teman dan sentiasa hidup dalam suasana harmoni aman tenteram tanpa ditembusi naluri hasad dengki dan buruk sangka. Cuba bayangkan bagaimana perasaan orang yang dicaci maki dan dihina di hadapan orang lain. Sudah tentu maruah dan harga dirinya tercabar. Ini akan membawa pula kepada permusuhan dan dendam mendendam. Orang yang tahu menilai masa dalam kehidupan seharianya, malah sentiasa beranggapan masa itu adalah modal utama dalam perjalanan hidupnya di dunia ini akan menahan lidahnya daripada bercakap kosong, buruk atau sesuatu yang tidak bermanfaat.
Selamat kembali
6 years ago



Pepatah orang tua pun ada meninggalkan pesan "Kerana pulut santan binasa , kerana mulut badan merana "
ReplyDeletezaiha
ReplyDeleteaku baru tau kau pun ada blog...ok aku akan selalu datang ziarah blog kau