Semua orang melalui proses penuaan. Penuaan adalah proses pengecutan bukan tumbesaran(bayi ke dewasa). Doktor kata, bukan aku kata, proses pengecutan ini melibatkan anggota termasuklah otak kita akan mengecut. Bila otak mengecut, kita akan mula lupa, kurang pendengaran dan akhir sekali tak boleh berkata-kata. Ingatan kita akan selalu kepada peristiwa lama atau kenangan yang tak boleh kita lupa. Bukan aku nak cerita pasal sains ni, biar yang arif bagi komen. Tapi aku kurang ingat cita-cita aku dulu. Mungkin masa tu aku ingin kaya raya dan banyak duit supaya apa yang diingini aku dapat. Cita-cita aku tak le sampai nak jadi seorang ahli politik ke, professor ke, doktor ke, memadai sekadar cukup duit. Maka aku pun cuba bersekolah, belajar dan mengaji. Masa bersekolah tu dulu, cinta atau bercinta tu tak menjadi keutamaan. Tambahan pula si Mamat pun tak ada yang berminat atau se Gagah yang menepati citarasa. Aku masih ingat lagi masa di U, ada le surat salam perkenalan atau orang kata surat cinta datang melayang tapi aku balas dengan kata-kata bahawa aku mengejar cita-cita aku dulu. Walaupun betapa seronoknya bila disayangi, aku teruskan sebagai kawan biasa sahaja. Tetapi yang tak seronoknya, bila diakhir pengajian, aku lihat dia sudah ada pasangan. Walaubagaimanapun peristiwa itu tak menjadi luka pada diriku sebabnya aku telah berjaya mencapai cita-cita. Aku mula bekerja dan mempunyai wang. Itulah yang aku inginkan. Aku mula belajar kereta dan membeli kereta. Aku minat berjalan dan melancong - almaklumlah baru ada duit. Aku masih ada kekawan dan geng untuk berjalan-jalan. Bukannya melancong keluar negeri(duit seciput) tapi dengan kawan-kawan merancang bercuti , Cuti-cuti Malaysia. Mulalah langkah mengelilingi Malaysia- Genting, Fraser Hill, Cameron, Port Dickson, Pangkor, Langkawi, Kelantan, hingga ke Hatnyai, Singapore dengan kemampuan yang ada. Seronok sungguh masa tu kerana semacam satu kepuasan almaklumlah masa kecil dulu tak pernah sampai. Masa berlalu dan apabila ada duit lagi jauh sedikit langkahnya. Masa tu selalu tengok tempat-tempat menarik yang boleh pergi. Mulalah pergi Bali, Jakarta, Sabah, Sarawak. Itu sahaja kemampuan yang ada. Negara orang putih belum cukup duit lagi. Deng...deng , bersambung ..............
Selamat kembali
6 years ago



Tak terfikir pun semua perasaan tu. tapi sekarang bila tengok dia berjaya dan hebat, terdetik juga hati, kalau tidak dapat juga tumpang tuah kalau ada jodoh dulu.. ha...ha.. Eh.eh dah 30 tahun kau simpan rahsia si mamat SMSJ tu.. siapa le agaknya yang duk ngintai tu. Kalau dulu memang dia ada syok tapi bila tengok sekarang ni langsung tak ada selera, loyar buruk dan ganas lagi gitu...
ReplyDeleteLaa...zai, siapalah mamat smsj yg jadi secret admirer tu ye....sampai pati pun tak tau! Pandai sungguh depa berahsia ni...
ReplyDeleteMember ni kawan setia, penyimpan rahsia dalam peti besi dah 30 tahun, kesian depa ni kan, maklumlah kelas kitale yang banyak bunganya. depa duk intai je dari kelas sebelah. Kita dulupun gila-gila juga, suka ketawakan si Mamat-mamat tu. Ada gelaran lagi. Manalah depa berani. bila ingat OG, Bibah, Roziah dll girls kelas kita tu, gelihati sungguh. Siap jadi batu api lagi matchkan orang. Bukan suruh jadi tapi kutuk lagi.
ReplyDelete