Tuesday, July 28, 2009

KESYUKURAN

Umrah dengan anak. Musim haji tak sempat nak santai-santai sebab ramai orang.
Masa melaksanakan umrah tahun lepas.



Umurku beranjak lagi. Pagi-pagi aku dapat SMS dari anak dan kawan yang mengingatiku. Sayu pula rasa hati ini mengingatkan umur dan syukur yang tidak terhingga kerana masih lagi bernafas dan diberikan kesihatan yang boleh dikatakan baik. Almaklumlah sejak 2 menjak ni kematian ramai celeberiti dalam keadaan yang tidak diduga. Dalam keadaan begini rasanya cukup bahagia dan penuh kesyukuran akan nikmat yang diberi. Kesihatan yang baik adalah satu nikmat yang tak ternilai. Aku terfikir bilakah aku nak buat pemeriksaan doktor lagi manalah tahu, dah ada penyakit dalam badan, almaklumlah pemeriksaan kesihatan hanya dimonitor dulu masa mengandung. Masa mengandung dulu kalau bacaan tekanan darah tak tentu aje terus berhati-hati dan ambil ubat. Ni dah sebelas tahun berlalu, tak kisah untuk ambil tahu, kalau adapun pergi jumpa doktor masa demam. Harap-harap aku sememangnya sihat hendaknya. Moga doaku dimakbulkan.

4 comments:

  1. Zai, along fati pun dah membebel banyak kali suruh buat check-up...yg ada kaitan dgn perempuan dan yg rutin ( darah dan gula). Bila nak pergi, ada macam2 hal pulak yg datang. Kekadang tu bila tetiba pening atau rasa 'giddy', mulalah gelabah, ...pas tu kena marah pulak dgn along sbb tak buat check-up tu...
    Hey, kekadang terfikir jugak...kenapalah payah sangat nak pi ckeck-up ek...

    ReplyDelete
  2. kita dah tua zaiha, fatie..sama sama lah kita

    ReplyDelete
  3. Hai fatie dan kekawan,

    Kenapalah kita ni susah @ sibuk sgt nak buat pemeriksaan ye.... Zai pun dah ada sinptom pening2. Tapi Fatie kan boleh dapatkan khidmat anak tu, boleh cepat dapat service atau minta dia check setiap hari, Tapi betul kata Usop, bahawa kita dah tua.

    ReplyDelete
  4. Salam Zaiha,
    kau kata dulu kau selalu check BP kau bila mengandung... Aku rasa kau kena mengandung balik....

    ReplyDelete