Esok dan lusa, kalaupun akan datang seperti datangnya kelmarin dan semalam
Kerana kelmarin dan semalam seperti juga esok dan lusa yang akhirnya akan semakin menjauh dan menghilang dan tak akan berkunjung lagi
Peristiwa datang peristiwa pergi
Bagai siang memanggil malam
Kalaupun terbiar
Elakkan dirimu menjadi sia-sia
Ambil keputusan untuk tidak mengulangi
Sedar dan beringat lagi
Kesedihan itu hanya untuk jiwa yang mengerti makna sebuah gembira
Bahgia itu hanya untuk jiwa yang mengerti makna sebuah sengsara
Namun ingatlah kehidupan menyerah seluruh perjalanan
Bagi perhitungan akhir



No comments:
Post a Comment