Thursday, July 9, 2009

PEMBANTU RUMAH

Memandangkan aku bekerja, aku mendambakan khidmat pembantu rumah. Isu pembantu rumah warga asing menjadi topik perbincangan hangat di media. Suatu hakikat yang samaada diterima atau tidak memberi gambaran seolah-olah majikan masih tidak bertamadun. Memang aku bersimpati dengan pembantu rumah yang didera tetapi pada masa sama, ada juga kes yang majikan dikhianati pembantu rumah. Aku mula mengambil pembantu rumah Indon sejak 1994 lagi hinggalah sekarang ni. Kalau kira duit yang keluar dan gaji mereka dah berapa ribu agaknya ye! Masuk skim pencen lagi. Pembantu rumah Indon pertamaku orangnya baik dan pandai menjaga anak kecil tambahan lagi seorang yg cantik/putih macam Mas Idayu/Hetty koes Endang gitu. Sedara-mara dan keluarga mengatakan pembantu rumah aku ni mengancam. Tapi alhamdullilah tiada apa yang berlaku dan Syabas pada suami kerana tak tergoda mungkin kerana setia dan cinta pada isterinya yang satu ni. Masalahnya aku adalah tertipu dek agen kerana memberikan ku permit palsu. Kesannya aku tak dapat nak sambung lagi pada tahun kedua, terpaksa keluar lagi duit untuk dapatkan pembantu rumah yang lain. Pembantu rumah kedua pula comel orangnya dan suka keluar rumah. Aku pun tak mengongkong dan membenarkan dia keluar pada hari aku tak bekerja. Apa lagi masalah lain pulak timbul. Dia termengandung tanpa pengetahuan aku. Akhirnya dia beritahu aku dia mahu kahwin dan aku terpaksa lepaskan.
Kenyataan yang cuba aku sampaikan adalah aku sebagai majikan terasa bebannya apabila beberapa peraturan baru yang hendak dikuatkuasakan. Dengan bebanan kos pengambilan, penipuan dan ketidakpuasanhati, aku merasakan majikan yang tak bersalah pulak yang dihukum walaupun yang melakukan tu hanyalah kes yang terpencil. Orang yang mendera tu memang le tak berhati perut dan patut dijatuhkan hukuman yang setimbal kerana mereka telah menjatuhkan imej orang (majikan) Malaysia.

4 comments:

  1. Dulu masa pati kerja , pati pun ada pembantu rumah, tapi orang Malaysia kita. Dari anak sulong hingga anak ke 3, semuanya bagus-bagus, dan boleh dipercayai ( masa tu duduk kat S'ngor). Bila pindah JB, cuba cari org kampung pati sendiri...dah mula meragam, banyak songeh, demand mcm2, pati hantar balik kg lepas 1 minggu kerja, lepas tu tak ambik pembantu dah... tumpang anak kat rumah orang..bila pi UK bela anak sendiri, dpt sorang lagi kat sana, so bila balik M'sia dah payah nak cari pembantu, dan anak2 banyak ragam pulak...itu yg mendorong pati stop kerja ( tak termasuk desakkan dari pakwe ni)...kesimpulannya, pembantu ni (tak kira indon ke atau tempatan) kalau dapat yg ok dan baik, alhamdulillah, satu rahmat besar tu...yg banyak songeh tu yg tak kuasa dan boring nak layan ....

    ReplyDelete
  2. zaiha
    maaf aku baru bertandang ke blog kau, bukan tak sudi, tapi fatie baru beritau...aku pun tengah sibuk urus sekolah ni zaiha...dah nak dekat upsr...kau tentu bahgia disamping keluarga..happy blogging....

    ReplyDelete
  3. Salam Zaiha,
    kerja estate ni untung pasal company kasi maid n garderner. Maid ok tp aku tak bebas. Bini aku mmg bising gila2 kalau aku "berlenggeng" bl ada maid. Aku tak salahkan bini aku pasal siapa pun pasti tergoda bila tenguk perut aku.
    Cuba cari maid dari Jawa Timur pasal kebanyakannya boleh ajar anak kau mengaji.

    ReplyDelete
  4. Pembantu rumah ni memang memberi cabaran yang tinggi untuk pasangan tak kira suami atau isteri. Isteri takut dikhianati manakala suami pulak takut tergoda. Sentiasa dalam kebimbangan, tak bebas. Hey Lan, bibik tu mungkin tergoda tengok perut tu, tapi dah habis tempoh mengancamnya. Dah tak boleh kejar bola lagi macam G kata.

    ReplyDelete