Tuesday, September 15, 2009

RAMADHAN 2009




Lagu raya dah mula berkumandang. Feel raya pun dah berkobar. Ramadhan kian berakhir. Begitu cepat ramadhan pergi, baru nak menyesuaikan diri dengan puasa dan ibadat terawih. Azam untuk khatam al Quran hanya tinggal azam dari tahun ke tahun. . Walaubagaimanapun tahun ini aku cuba untuk mempertingkatkan ibadah dengan memahami bacaan2 dan doa, tak le fikiran melayang memikirkan persiapan raya bila imam baca surah panjang. Aku dapat rasakan kerdilnya aku tanpa pertolonganNYA. Kali ini merasakan kesayuan dalam melaksanakan ibadah, tambah lagi begitu cepatnya Ramadhan berlalu, rasanya belum sempat untuk menambah ibadat lagi. Apa2pun samada ibadat itu diterima atau diberi pahala hanyalah urusan dan rahsia NYA sahaja, lainlah kalau periksa PMR ke SPM ke atau PTK! Semoga doa sepanjang Ramadhan ini akan diteruskan .....


"Ya ALLAH, ya tuhan kami, kami mohon kepadaMU iman yang tetap, hati yang khusuk, ilmu yang bermanfaat, keyakinan yang benar, dapat melaksanakan amal yang ssolleh, tetap dalam agama islam, diberi kebaikan yang melimpah2, keampunan dan kesihatan yang sempurna, dapat mensyukuri atas kesihatan kami, diberi kecukupan hingga kami tidak meminta-minta kepada orang lain. Ya ALLAH ya tuhan kami, terimalah sembahyang kami, puasa kami, berdiri kami, ruku' kami, sujud kami, khusuk kami, pengabdian kami, sempurnakanlah segala kekurangan kami. Ya ALLAH, YA ALLH, engkau sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihi. AMIN, Amin ya rabbal alamin"

No comments:

Post a Comment