Tuesday, September 15, 2009

NOSTALGIA RAYA






Syawal akan tiba. Sana sini sibuk bertanyakan persiapan raya. Anak2 begitu berharap cepatlah raya. Mereka melihat persiapan yang dibuat kedua ibu bapa mereka yang mungkin menjadi kenangan bila mereka pula dewasa dan menjadi ibu bapa. Tak tahulah samada perjalanan ini akan menjadi kenangan untuk mereka kelak memandangkan suasana sibuk bukan di rumah tetapi di shopping2 kompleks.

Berbeza dengan zaman aku kecil, dan dewasa dulu, Semua persiapan dibuat sendiri. Biasanya diawal puasa aku menjahit baju kurung sendiri dan tolong emak untuk buat langsir dan lain2 seperti buat bunga dan tolong buat baju adik2, n sarong bantal.
Pertengahan puasa pula berusaha tolong emak buat kuih raya. Boleh dikata pandailah buat kuih masa tu seperti kuih ros, tempeyek, bahulu, dederam dan mencuba pulak buat kuih moden. Kuih moden masa tu adalah kuih tart, kuih oats dan lain2 yg lupa nama. Kuih tu dikira kuih moden sebab pakai marjerin, tak le hanya bahan semulajadi yang ada disekeliling rumah, sebab marjerin tu kena beli, manalah ada duit. Kalau telor ayam , kelapa biasanya tak perlu beli, sebab tulah dodol sentiasa dibuat bila raya. Bila nak buat dodol sampai tak puasa dibuatnya. Kongsi dodol sekuali besar dan buat kongsi2 supaya ramai le yang akan kacau. Satu hari mengacau dodol dengan bahang api menyebabkan terpaksa buka puasa. Bayangkan begitu peritnya penderitaan untuk menghasilkan dodol untuk hari raya. Tapi sekarang ni tiada siapa@orang yang sanggup untuk kacau dodol kalau untuk hidangan hari raya, lainlah kalau untuk bisnes.
Bila hampir raya bapaku atau silelaki akan memanjat pokok kelapa untuk ambil pucuk kelapa untuk dibuat ketupat. Boleh dikata lelaki perempuan pandai menganyam ketupat, macam2 jenis daripada ketupat bawang, pasar, satay dan ada yang lebih kreatif buat ketupat ayam, jantung, manggis dll lagi. Boleh dikata dulu memang kena belajar buat ketupat, kalau tidak, raya tak makan ketupatlah gamaknya. Bila malam raya, sibuknya sampai tak tidur untuk menyiapkan masakan, almaklumlah semua dibuat sendiri, Giling lada, parut kelapa. Malam tu jugalah nak tukar langsir, sarong bantal dan lain2 lagi. Keperitan itulah yang meninggalkan kenangan raya. Seronoknya sampai sekarang terasa kerana pada pagi raya tulah dapat makan hidangan yang tersedap sepanjang tahun. Masih terasa sedap dan nikmatnya makanan tu....masa tu.

3 comments:

  1. Salam Kak..

    Hehehe.. senyum sorang2 saya membaca.. Memang betul.. dulu dan sekarang dah banyak beza..

    Meriahnya dah tak sama... :)

    Selamat hari raya buat akak sekeluarga..

    ReplyDelete
  2. Salam kak,
    Salam Idul Fitri.Mohon maaf lahir dan bathin dari saya sekeluarga. Datanglah rumah bila ada kelapangan.

    ReplyDelete
  3. Salam Zaiha buat pertama saya masuk komen awak
    Saya nak tanya awak turunkan tak ilmu dan tradisi yg awak dapat dari ibu bapa awak dulu kepada anak2 awak
    Saya turunkan menganyam ketupat pada anak2 saya

    ReplyDelete