Thursday, October 8, 2009

HARI RAYA




Suasana dan keriangan raya semakin suram. Keindahan raya dirasai semasa cuti aje, bila habis cuti dan mula bekerja dan sekolah, rentak dah balik asal seperti biasa. Keseronokan raya dinikmati bagi mereka yang masih mempunyai ramai sanak saudara dan masih ada ibu-bapa untuk diziarahi.


Bapaku sudah hampir 9 tahun meninggalkan kami manakala ibuku pula telah 5 tahun mengikut pemergian bapaku. Terasa keindahan beraya semasa kedua ibubapa masih ada. Sekarang ini setiap hari raya terasa sunyi kerana terasa kekurangan bila balik kampong. Walaubagaimanapun memandangkan ibu-bapa mertua masih ada, terasa juga tujuan balik kampong. Patuttlah siaran TV selalu menyiarkan drama keluarga dihari raya kerana harapan ibu-bapa untuk anak-anak pulang beraya. Aku turut simpati dan tersentuh hati bila melihat drama-drama begini kerana situasi itu telah aku alami dan lalui. Bagaimana pula anak-anak yang tiada ibu-bapa sejak kecil lagi terutama anak yatim piatu! Tentu tragis sekali. Aku masih bertuah kerana pemergian ibu-bapaku setelah aku sudah boleh berdikari dan ada tempat bergantung.

No comments:

Post a Comment