Wednesday, October 28, 2009

FITRAH DIRI


Di antara rahmat Allah SWT ke atas makhluk yang bergelar insan ialah Dia menjadikan bagi mereka hati-hati yang mampu merasai dan mencerna pelbagai rasa. Mereka merasa sedih dan hiba apabila datang peristiwa-peristiwa yang memilukan dan merasa sukacita apabila hadir berita-berita yang menggembirakan. Ia adalah sifat semulajadi bagi hati manusia yang mana ia turut digelar sebagai fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah semenjak awal penciptaan mereka.

Dalam dunia hari ini yang begitu mencabar, kita terus berusaha menongkah arus kehidupan yang dipasung dengan nilai-nilai materialistik, ada di sini segala warna kegembiraan, segala warna kesepian, segala warna kedukaan, segala warna kepiluan. Ada juga baiknya kata-kata ini:-


Jauhi rasmi daun lalang, melentuk ke mana saja arah tika angin kencang.

Malang daun lalang, nilai tak ada tetap dibuang, dicantas terus bila tunas menjenguk panjang.

Tapi kuatlah seperti akar lalang, tetap kukuh, teguh dan utuh tak mungkin digoyah, tetap bertunas walau dicantas.

No comments:

Post a Comment