Wednesday, December 30, 2009

2009 BERLABUH

Anak2ku beposing


Bergaya bebudak ni



Cantik masjid ini.




di Taman Tamadun Islam

Hai, pantasnya masa berlalu. Hari ini berakhirnya tahun 2009. Esok 1 haribulan 2010. Betullah pesanan Imam Ghazali bahawa perkara yang paling dekat dengan kita adalah MATI dan yang paling jauh adalah MASA LALU. Peristiwa semalam makin lupus dan kita merancang untuk hari esok. Tambahan lagi penggal persekolahan akan bermula. Sibuknya fikiran kita hingga lupa peristiwa yang dilalui, tetapi baguslah kalau begitu supaya kita tidak meratapi kegagalan lalu dan melangkah hari esok dengan azam baru. Begitulah harapnya.

Bulan Disember adalah bulan bercuti terutama budak sekolah kerana cuti panjang, manakala ibu-bapa juga turut bercuti. Jemputan kahwin juga berkeping-keping diterima. Cuti kali ini aku sekeluarga menyusur Pantai Timor. Banyak juga pembangunan yang dilaksanakan dan keindahan pantai masih lagi dijaga. Dalam pada itu aku sempat juga singgah dirumah sahabat lamaku yang tak disangka untuk aku singgah. Mungkin impian ku untuk berjumpa kawan lama telah lama tersemat di hati. Alhamdulilah, kemesraan masih ujud diantara kami dan kami begitu cepat mesra walaupun terpisah sekian lama, mungkin kehidupan dan latarbelakang yang mempunyai persamaan. Untuk aku menjejaki kawan lama agak terbatas melainkan kalau suamiku rajin nak melayannya. Untuk itu aku telah menjemput mereka kerumahku supaya suami pun tak salah anggap. Kegembiraan ku juga berbaloi.










4 comments:

  1. Memang seronok jumpa kekawan lama...hanya masa begitu mencemburui kita. Mudah2an kita akan dapat bertemu lagi dengan kekawan lama yg lain di tahun-tahun mendatang....jika umur masih panjang, insya Allah....

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru zaiha....aku tau aku jauh

    ReplyDelete
  3. Selamat Tahun Baru semua
    Kauorang semua kekal dalam ingatan.
    Sop, jasamu sangat dikenang kerana menghidupkan blog dan merealisasikan perjumpaan dan MG untuk kita semua yang terpisah sekian lama. Kalau tak kerana usaha tu, kita hampir melupai diantara satu sama lain. Langkahku memang terhad untuk mencari atau gi minum di kopitiam dengan kau orang tapi aku menerima kunjungan kau orang bila-bila masa, takkan nak tunggu MG aje. Tapi kalau ramai-ramai lagi seronok gitu..

    ReplyDelete
  4. Kenapa tiba Ktn, tak call aku kita blh sembang di Kemaman Kopitiam

    ReplyDelete