Kita telah menjadi seorang insan
mempunyai citarasa dan kehendak tertentu sebagai pelengkap diri
kita tempoh ribuan jalan menghala destinasinya
bersimpang dan berliku kaki yang melangkah
mata yang melihat tiada jemu-jemu
Tapi langkah dan perjalanan itu ke mana dituju
pagi sudah hanyut meniti waktu menjamah petang
sudah sampaikah perjalanan sebenar?
kerana senja yang hampir tidak menunggu lagi
meminta pembawaan laku
Senja yang menjadi pintu masuk kehidupan
sekadar membawa yang ada
pada sebelah malam dan malam itu adalah pengakhir kita
ke pelabuhan waktu



No comments:
Post a Comment